Wednesday, March 24, 2010

5 Surau LCCT Sepang

Hari ini saya dalam perjalanan ke Kangar Perlis, singgah disurau LCCT Sepang untuk solat Subuh berjamaah pukul 6.05 pagi. Surau ini agak sempit berbanding ramainya bilangan jemaah yang solat berjemaah disini. MAB mungkin tidak menjangka bilangan jemaah yang bersolat dan hanya merancang ruang solat yang terhad. Di tambah dengan kedudukan qiblat yang senget menyebabkan ruang solat menjadi lebih terhad kerana susunan sejadah yang tidak regular.

Oleh kerana keadaan masa yang singkat solat subuh di buat selepas saja qomat, jadi tiada solat sunah subuh. Oleh itu saya membuat solat sunat subuh selepas selesai solat subuh. Terdapat lebih kurang 30 jemaah solat pada takbir yang pertama.

Keadaan surau ini nampak tidak terurus dengan barang-barang lusuh di merata tempat. Bau hapak sejadah menusuk hidung terutamanya bila sujud. Petikan dari Surah Mudassir Ayat 4: "Dan pakaian mu hendaklah engkau bersihkan." Nampaknya tiada yang mengambil berat soal kebersihan di surau ini, hanya sekadar melepas batuk di tangga. Bagi yang terbang domestik, tiada surau di 'boarding lounge' tetapi terdapat sebuah surau di 'international boarding lounge.'

Di harap pengurusan MAB di LCCT ini mengambil berat hal ehwal surau ini dan berusaha untuk menceriakanya. Juga disyorkan supaya terdapat imam tetap di surau ini untuk mengimamkan solat jemaah disurau ini.

Sedikit petikan dari Al Quran: Surah Al Israa':78 " Dan dirikanlah sembahyang Subuh sesungguhnya solat Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaanya)"

No comments: