Sunday, March 21, 2010

3 Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan


Sepanjang minggu ini saya bersolat subuh seperti biasa di Surau Al Iman Kemensah Heights. Hari ini atas undangan Hj Zul kami bersolat subuh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan dan mengikut kuliah Utz Datuk Ismail Kamus selepas solat Subuh. Agak ramai jemaah yang menghadiri Kuliah Subuh hari ini dianggarkan 350 jemaah (L250+P100). Ini adalah kali kedua saya menghadiri Kuliah Subuh Utz Datuk Ismail Kamus di Masjid ini.

Masjid Nurul Hidayah dibuka dengan rasminya pada 11 Sep 1987 dan kini telah berusia 23 tahun. Masjid ini nampaknya diurus dengan baik, mempunyai berbagai aktiviti ugama dan kemasyarakatan dan sentiasa dikunjungi oleh masyarakat Islam Kg Pandan.
Kuliah Subuh Utz Datuk Ismail Kamus hari ini berkisar mengenai bab kematian dan persediaan sebelum kematian. Sedikit catatan dari kuliah ini:

1. Allah menciptakan manusia mati dan hidup supaya dijadikan pengajaran. Tetapi berapa ramai yang mengambil pelajaran dari sesuatu kematian itu. Disebut mati dahulu sebelum hidup.
2. Ciri-ciri orang yang baik akhlaknya, tetapi orang yang beruntung adalah orang yang selalu mengingatkan kematian, lalu menyiapkan diri untuk mengahadapi kematian yang tidak tau bila dan dimana.
3. Jangan tunggu masa lapang baru membuat persedian, tapi lapangkanlah masa untuk persedian.
4. Tiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Maksudnya kematian itu ada rasaanya. rasa bermaksud sakit, sedap, seronok, dll. Tetapi setaip kematian akan merasakan kesakitan cuma darjah kesakitan. Bagi yang bukan Islam, nyawa dicabut dengan merentap dari jasad umpama menyiat kulit dari badan sementara yang berugama Islam ditarik perlahan-lahan.
5. Di galakkan meminta ampun sekurang-kurangnya 70 kali sehari dari Allah.
6. Bagaimanakah untuk mengingatkan mati.- Taubat dan merendah diri.

Wassalam.

No comments: