Monday, March 22, 2010

4 Masjid Al Hidayah Taman Melawati

   Saya keluar awal pagi ini dan mengambil kesempatan untuk solat Subuh di Masjid Al Hidayah Taman Melawati. Solat pertama disini ialah solat Jumaat pada 20 Nov 2009. Oleh itu masjid ini baru berusia 4 bulan. Dengan terbinanya masjid ini, maka tamatlah penantian penduduk disini selama 35 tahun untuk mendapatkan sebuah masjid khusus untuk Taman Melawati. Bernilai RM9.5 juta masjid ini boleh memuat 3,500 hingga 5,000 jemaah.

Rekabentuk masjid ini menarik dengan ruang legar yang luas. Suasana agak sejuk kerana terdapat ruang terbuka dan ’cross air ventilation’. Oleh itu solat subuh disini agak selesa. Terdapat hampir 60-70 jemaah/ 2 hingga 3 saf jemaah solat subuh setiap hari disini. Masjid ini diurus oleh Jawatan Kuasa yang proaktif dipengerusikan oleh Tn Hj Sirul Aflah. Beliau turut melawat beberapa masjid di Singapura untuk mendapatkan insight bagaimana untuk mengurus masjid khususnya pengurusan kewangan. Pengurusan masjid ini juga menyediakan pakej perkahwinan dari urusan nikah kepada keraian dan makanan tetamu. Meskipun baru berusia beberapa bulan masjid ini sangat aktif. Pada masa ini terdapat ceramah haji bersiri dikendalikan oleh Utz Hj Ahmad Rosli pada hari sabtu sehingga hujung april 2010.

Menurut Dr Raghib dalam bukunya Misteri Solat Subuh "Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahwa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada suatu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat. ' Ternyata orang Yahudi lebih peka dengan keadaan kita daripada kita sendiri. Mereka lebih menyedari nilai keagamaan dan falsafah yang kuat dari perlaksanaan solat Subuh. Lalu bagaimana......

No comments: