Friday, April 30, 2010

11 Masjid Sultan Abu Bakar TEMERLOH

        Kali ini saya bertugas di Temerloh , Pahang dan berpeluang bersolat subuh di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada 21 Mac 1969 oleh Sultan Abu Bakar. Masjid ini agak besar sesuai dengan tarafnya sebagai masjid daerah. Bagaimanapun rekabentuk nya seperti sebuah dewan dengan hiasan luaran dan dalaman nya seperti masjid.


Masjid ini nampak sudah usang pada umur 40 tahun. Ia mendapat gred B dari segi kebersihan yang di gredkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Pada pagi ini ada dinggarkan 60 jemaah bersolat ramainya terdiri dari pesara, pemmandu teksi dan peniaga. Sudah tentu masjid ini beza langit dan bumi jika dibandingkan dengan Masjid Sultan Mizan Putrajaya. Mungkin kerana masjid di Putrajaya ini di datangi oleh bapak menteri dan ketua-ketua jabatan. Mungkin suasana masjid diTemerloh ini akan berubah wajah jika terdapat pilihanraya kecil disini. Berbagai pehak akan cuba menguasai masjid bila pilihanraya menjelang tetapi sunyi sebaik sahaja pilihanraya berakhir.
Kita digalakkan berdoa supaya diberi pelindungan dari dajal-dajal yang datang dan berucap di masjid –masjid semasa pilihanraya dan hilang selepas keputusan pilihanraya diperolehi.