Wednesday, May 5, 2010

12 Masjid Nabawi MADINAH AL MUNAWWARAH

 Kali ini saya menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi, Madinah kerana menunaikan umrah dari 3 May hingga 16 May 2010.  Sebenarnya adalah tidak wajar membariskan Masjid Nabawi bersama-sama masjid lain dalam blog ini kerana kemuliananya. Bagaimanapun saya postingkannya disini kerana pada tarikh ini saya bersolat subuh disini. Telah banyak yang ditulis mengenai Masjid Nabawi, bagi saya keistimewaan yang sangat besar ialah kerana di situlah terdapatnya Makam Nabi SAW dan dua rakan karibnya Abu Bakar dan Omar. Disamping itu terdapat kawasan Raudah atau salah satu dari taman-taman syurga. Bersolat sunat diraudah ini tenang dan menenangkan walaupun ia merupakan tempat yang paling sukar untuk mendapatkan ruang untuk solat 2 rakaat. Masjid ini boleh menampung 90,000 orang jemaah di dalam masjid dan 430,000 jemaah di kawasan dataran masjid. Senibinanya sungguh cantik, selesa dan amat user friendly untuk bersolat disini. Pembesarannya dibuat oleh Raja Fahd, pelayan dua kota suci bermula 1973 dengan 9 kali ganda dari saiz sebelumnya.

Sabda Nabi "satu solat di masjid ku ini lebih utama dari 1,000 solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram". Oleh kerana berada 3 hari di Madinah bermakna hanya dapat melakukan 3 solat subuh sahaja.

Ini lah rutin saya melakukan solat subuh disini. Solat subuh masuk pukul 4.25 pagi. Oleh itu perlu bangun pukul 3.00 pagi supaya boleh berada di Masjid pukul 3.25 iaitu 1 jam sebelum bermula solat subuh. Apabila masuk masjid minum secawan air zam zam dan mengucapkan assala mualaika kepada Rasullullah. Terus menuju kawasan masjid lama sedekat hampir dengan Raudah. Dari sini memulakan solat-solat sunah wuduk, tahayatul masjid, tahajud, taubat, hajat, syukur, witir beserta zikir dan doa sehinggalah azan subuh bekumandan. Selepas solat subuh , mengikuti solat jenazah. Selepas itu bergerak ke arah raudah dan solat sunat dua rakaat. Selesai solat sunat bergerak kearah makam Nabi dan mengucapkan salam. Bergerak kearah sahabat Nabi dan mengucapkan salam.

Selesai salam keluar masjid kedataran memandandang arah perkuburan Baqi dan mengucapkan salam kepada ahli Baqi. Kemudian masuk semula kedalam masjid untuk membaca quran surah pendek 100 ayat. Selesai menuju kepintu keluar , minum air zamzam secawan, mendapatkan selipar. Sebelum keluar masjid mengucapkan salam kepada Rasulluhlah dan terus keluar menuju hotel untuk sarapan pagi.