Wednesday, May 5, 2010

13 MAKKAH AL MUKARRAMAH

Saya berada di Mekah dari 5 hingga 13 May kerana menunaikan umrah. Oleh itu saya dapat melakukan solat subuh selama 9 hari sepanjang berada di Mekah. Solat disini adalah 100,000 kali lipat berbanding dengan solat solat ditempat lain. Satu solat disini bersamaan dengan solat selama 55 tahun 6 bulan 20 hari.  Disinilah berdirinya kaabah, kiblat bagi semua oarang Islam diseluruh dunia. Sangat sukar  untuk saya menuliskan keistimewaan bersolat subuh disini, cukup sekadar saya menyatakan disini, pergilah sendiri untuk mengalaminya. Insyaallah anda menjadi orang yang dipilih dan dapat meneruskan solat subuh apabila berada di tanah air dan memperolehi nikmat bersolat dimasjid.

Saya bertemu rakan Yusuf Abdullah seorang jurutera eletrik dan komunikasi Masjidilharam. Seorang rakyat Turki tetapi telah berkhidmat di masjid ini lebih 20 tahun. Saya sempat dua kali minum teh bersama beliau semasa time break di kafe tingkat 3 Hilton. Beliau mengirim ubat basala kepada anaknya di Nilai University College