Saturday, May 29, 2010

14 Masjid Tanjung Keling MELAKA

      Saya sekeluarga kali ini bercuti di Melaka sempena cuti Wesak. Saya datang bersolat subuh ke Masjid Tanjung Keling yang hanya beberapa minit memandu dari hotel Shah Beach. Masjid ini merupakan sebuah masjid lama yang telah diubahsui. Senibina masjid ini sama seperti Masjid Kampung Hulu yang berada berhampiran kawasan Jonker Walk. Jadi bolehlah dikatakan ia sezaman dengan masjid Kampungg Hulu yang mashyur dan dibena pada 1728 mengikut catatan Muzium Negara.

Bersolat subuh dimasjid lama selalunya mendatangkan ketenangan kepada saya. Suasananya sejuk dan tenang. Terdapat 15 jemaah bersolat pagi ini. Masjid ini nampak bersih dan terurus. Rata-rata kebanyakan jemaah adalah dari gulungan pesara. Tidak jauh dari masjid ini terletaknya makam Hang Tuah. Ia juga sedikit sebanyak mempopularkan masjid ini. Makam ini sebenarnya adalah makam tanda kerana tempat sebenar beliau dikebumikan tidak diketahui.

Untuk renungan bersama, Sabda Rasululullah SAW “ Ya Allah Berkahilah umatku selama mereka senang bangun subuh”