Monday, June 7, 2010

15 Masjid At Taqwa, KOTA WISATA BRASTAGI, SUMATRA

  Bersama wargakerja dan keluarga kami berkunjung ke Kota Medan. Dari Kota Medan kami menuju Parapat, Tasik Toba. Bagaimanapun saya tidak dapat bersolat subuh di Parapat kerana masjidnya agak jauh dari Hotel Niagara. Dari Parapat kami ke Kota Wisata Brastagi di Tanah Karo. Disini saya dapat bersolat subuh jam 5.00 pagi di Masjid At Taqwa, sepuluh minit berjalan kaki dari Hotel Grand Mutiara. Kami hanya bersolat seramai 3 orang termasuk imam. Masjid ini agak kecil tetapi popular semasa solat Jumaat kerana berada dijalan utama Brastagi-Medan.
Bandar pelancungan Brastagi, sebuah bandar peranginan seperti Cameron Highlands merupakan kawasan majoriti masyarakat Batak Karo yang kebanyakanya berugama Kristian Katolik terkenal dengan buah-buahan. Terdapat banyak gereja yang besar-besar disini berbanding bilangan masjid yang ada di bandar Brastagi ini. Brastagi berada 1300 meter atas paras laut. Oleh itu cuaca disini agak dingin pada waktu subuh.
Selepas solat subuh kami saya berbual dengan imam dan sempat minum kopi lebih satu jam. Imam bernama Pak Junaidi ini agak istemewa kerana tugas beliau seharian ialah menjaga kubur China, menggali kubur China dan menjaga mayat sepanjang 3 malam berkabung di kuil yang berada di kawasan perkuburan. Setelah hari siang pukul 6.30 pagi beliau mengajak saya pergi melawat tanah perkuburan China tidak jauh dari Masjid ini. Pagi ini saya bersiar-siar di tanah perkuburan China Brastagi. Beliau menunjukan kawasan perkuburan lama dimana sebanyak 300 buah kubur lama dibongkar dan tulang-tulang di kumpulkan disuatu kubur besar. Beliau turut menunjukkan rumah lama dimana beliau tinggal. Rumah ini berada dalam kawasan tanah perkuburan ini. Selama bekerja disini tiada perkara pelik dan menakutkan menimpa beliau yang telah bekerja disini selama 13 tahun. Tanah perkuburan ini agak terang, bersih dan terurus. Selain solat subuh, beliau turut bersolat asar, maghrib dan isya di masjid at taqwa dan bertugas sebagai bilal disini.

Semoga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat Pak Junaidi.

No comments: