Tuesday, June 8, 2010

16 Masjid Raya Al-Mashun Kota Medan, SUMATRA BARAT

    Pagi ini saya bersolat subuh jam 5.00 pagi di Masjid Raya Al-Mashun Kota Medan. Terletak dijalan yang sama dengan Hotel Novotel Seochi, saya menaiki tut-tut ke masjid kerana hujan renyai-renyai. Masjid ini di bina pada tahun 1909 dengan bantuan penjajah Belanda. Ia merupakan masjid milik kerajaan Melayu Deli pada waktu tersebut. Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Maimun, istana Kesultanan Melayu Deli, Medan.

Dari luar senibina masjid ini sangat menarik, bagaimanapun keadaan dalam masjid sangat usang. Permaidani masjid sepatutnya sudah ditukar 10 tahun lalu. Senibina dalamanya agak halus dengan batu marmar dan lampu yang diimport dari luar. Saya dapat merasakan pada tahun 1909 ia merupakan sebuah bangunan masjid yang tersergam megah pada waktu tesebut.
Pagi ini ada seramai 15 orang bersolat subuh. Dikeliling masjid ini terdapat kubur-kubur jemaah dan terdapat kawasan makam khas untuk waris raja kesultanan melayu deli. Meskipun ia sebuah masjid lama, saya tidak dapat merasakan keshahduan bersolat disini berbanding seperti bersolat di Masjid Kampung Hulu Melaka. Selesai solat saya berjalan kaki 10 minit ke hotel.

No comments: