Thursday, April 29, 2010

10 Masjid Sultan Mahmud LIPIS

   Hari ini saya bersolat subuh di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Lipis kerana ada tugasan di sini. Masjid ini di rasmikan pembukaannya pada hari Jumaat 27 Ogos 1971 oleh Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pada masa itu. Masjid ini agak luas dan tersergam diatas bukit di utara bandar Lipis. Senibina luarnya masih kelihatan cantik bagaimanapun hiasan dalamanya agak usang. Terdapat hampir 50 jemaah bersolat subuh pada hari ini, majoriti terdiri dari golongan yang sudah bersara.

Sesuatu yang menarik di masjid ini ialah selepas solat subuh, imam akan memberikan Zikir Mathurat kepada jemaah dan mula membaca zikir tersebut diikuti oleh jemaah sehingga selesai. Tiada masjiod lain yang saya pernah solat membaca zikir Mathurat selepas solat Subuh. Zikir Mathurat adalah susunan Imam Hasan Al Banna yang meninggal dunia pada tahun1949.