Terdapat antara 35 hingga 40 regular subuh di surau ini. Pada masa ini solat subuh di imamkan oleh Utz Sanusi setelah imam Utz Zuhair meletak jawatan. Bilal sepenuh masa Bapak Mohd Nor. Jiran saya Hj Zul Daim Juga seorang regular subuh, dan kami sering sarapan pagi selepas solat subuh
Saya sangat senang mengerjakan solat di surau ini samada menaiki motor atau berjalan kaki ke surau. Untuk solat subuh saya akan keluar pukul 5.45 pagi. Suasananya sunyi dan tenteram pada dinihari disini dengan udara dari bukit tabuh yang nyaman dan segar
Saya harap diberikan hidayah dan kesihatan untuk terus solat subuh di surau ini sehingga akhir hayat, insyaallah.
Saya harap dapat menghabiskan membaca buku “ Sehat & Kaya dengan Shalat Subuh” karangan Hussein Hasby Al-Qamry setebal 205 halaman.
Sedikit petikan dari buku ini:
SOLAT SUBUH: SAAT DILAPANGKANNYA REZEKI
Sebagaimana diceritakan dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib, “Setelah Rasulullah SAW melaksanakan shalat Subuh, ia pulang dan mendapati Fathimah (puterinya) masih tertidur. Lalu beliau membalikan tubuh Fathimah seraya berkata, “hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah rezeki dari Tuhanmu, kerana Allah SWT memberi rezeki hamba-hambaNya diantara shalat Subuh hingga terbit matahari”.
Oleh itu elakkan tidur dari fajar hingga terbit matahari kerana ketika itu Allah SWT sedang memberi rezeki kepada kita.
1 comment:
Saya pun sedaya cuba untuk ke surau ini ketika Fajar
Post a Comment